Monday, July 27, 2009

6 TANDA ANDA TERLEBIH BERIKAN CINTA

Indahnya bercinta. Namun anda harus fikirkan beberapa tanda penting anda terlebih memberikan cinta kepada pasangan.

1. Anda menelefon dia lebih dari si dia menelefon anda. Kalau terlebih sedikit itu memanglah tanda anda prihatin. Tapi kalau 1 nisbah 10, anda kena berhati-hati.

2. Segala perancangan untuk keluar bersama anda yang aturkan. Bukan sahaja si dia tidak pernah mengajak anda keluar, inikan pula membayar apa-apa sepanjang anda keluar bersama. Semuanya anda.

3. Hanya anda yang sering memberikannya hadiah sedangkan si dia tidak pernah meskipun hadiah kecil dan murah, apatah lagi pada hari ulang tahun kelahiran anda.

4. Apa sahaja, permintaannya cuba anda penuhi walaupun di luar kemampuan. Lebih sadis lagi apabila anda sanggup menebalkan muka meminjam wang dari rakan-rakan atau ahli keluarga untuk mendapatkan apa yang si dia ingini..

5. Setiap kali keluar bersama, anda akan memastikan keselesaan pasangan dengan membawanya ke tempat-tempat eksklusif dan mewah semata-mata untuk menggembirakan si dia, walaupun anda sering pokai sebelum waktunya..

Begitu memanjakan pasangan sehingga selalu 'pejam mata' apabila si dia terang-terang melakukan kesalahan dan cuba curang di belakang anda, semuanya semata-mata anda tidak mahu kehilangannya..

Benar anda terlalu sayangkan pasangan. Bijak pandai selalu berpesan, Kasihilah mereka yang menyayangi kita, bukan sebaliknya hanya kita yang menyayangi pasangan.

dISEDIAKAN oleh: Julia

Friday, July 10, 2009

5 MODAL CINTA




Dalam dunia ini, tiada yang percuma. Melafazkan cinta mungkin hanya dengan kata-kata tetapi untuk membinanya perlu lebih daripada itu. Meskipun cinta tulus sehidup semati, untuk memeliharanya tetap memerlukan modal, terutamanya perkara seperti berikut:


TELEFON

Bersedia untuk membyar bil berganda atau mengeluarkan modal lebih daripada zaman anda solo dulu, sekiranya anda baru bercinta. Biasalah, di awal bibit percintaan berputik paling kurang sejam sekali pasti anda akan menelefon si dia atau sebaliknya. Teknologi moden mungkin membantu tetapi tanpa mendengar suaranya, pasti anda jadi tak keruan, kan? Jadi bersedialah untuk mengeluarkan modal lebih hanya untuk tujuan ini..


KOS MAKAN MINUM

Jika dulu makan seorang, kini berdua dan pastinya kos pun berganda apatah lagi kalau anda sering keluar bersma. Bagi lelaki takkanlah nak biarkan pasangan anda sahaja mengeluarkan wang untuk belanja makan. Nak jimat? Bolehlah juga bayar secara berasingan tetapi nampak sangat anda ni berkira atau dalam erti kata lain kedekut.


MASA

Masa juga modal yang anda perlu fikirkan bila memulakan sesuatu hubungan. Mungkin masa yang sepatutnya anda luangkan untuk perkara lain yang boleh mendatangkan sumber kewangan, telah anda habiskan bersama pasangan. Masa untuk si dia pasti anda saban minggu, dan jangan lupa bersedia jika anda terpaksa meluangkan lebih banyak masa semata-mata untuk memujuk si dia yang merajuk..


TAMBANG ATAU DUIT MINYAK

Bagi anda yang menggunakan pengangkutan awam, sediakan modal untuk berdua. Manakala bagi anda yang memandu, jangan lupa sediakan modal secukupnya untuk minyak kereta anda..


HADIAH

Hadiah bukanlah dikira pelaburan, namun apalah salahnya mengeluarkan sedikit wang untuk membelikan hadiah istimewa buat pasangan ketika hari istimewa. Mungkin sebelum ini belum pernah ada dalam senarai bajet anda, tetapi berbeza sekarang.

Jadi, bagi anda yang bercadang untuk bercinta, fikirkannya terlebih dahulu perkara ini dan jangan mengeluh pula nanti selepas anda bercinta dan terpaksa mengeluarkan modal yang tidak disangka. Wang bukanlah menjadi ukuran sebenar cinta, namun wang penting untuk membina dan memelihara sebuat cinta dan perhubungan..

Monday, July 6, 2009

6 RAHSIA SI DIA TIDAK PERLU TAHU

Memang benar, dalam bercinta tiada rahsia antara anda dan pasangan. Namun, ada sesetengah perkara perlu dirahsiakan demi kebaikan.. Apakah dia?

1. DIA TIDAK DISUKAI KELUARGAMU
Andai benar keluarga anda tidak menyukai pilihan hati anda, jangan terus memberitahu si dia. Dua pilihan yang anda boleh lakukan, terus berusaha untuk memujuk keluarga anda untuk menerima si dia atau perlahan-lahan berundur daripada si dia dan memilih haluan sendiri.

2. RAHSIA KELEMAHANMU
Setiap orang mempunyai kelemahan masing-masing. Jika anda seorang lelaki dan takutkan serangga mahupun haiwan kecil seperti cicak atau lipas, sebolehnya simpanlah rahsia. Biarlah pasangan anda mengetahui rahsia tersebut secara semulajadi sepanjang perhubungan anda berjalan nanti.

3. BANDINGKAN SI DIA DENGAN KEKASIH TERDAHULU
Sesiapapun tidak suka dibandingkan, apatah lagi dibandingkan dengan kekasih lama. Jika anda berbuat demikian, nyata anda ingin menyingkatkan perhubungan dengan si dia.

4. HOBI YANG PELIK
Keunikan seseorang mungkin terletak pada hobinya yang pelik. Jika anda salah seorang daripada mereka, jangan sesekali terus memberitahu pasangan anda hobi yang belum tentu dapat diterimanya.. Perlahan-lahan menunjukkan minat anda supaya si dia tidak terkejut..

5. PERKARA YANG MEMALUKAN SEBELUM INI
Jangan terlalu baik dengan mencaritakan segala perkara yang pernah memalukan terjadi kepada diri anda kepada pasangan. Silap haribulan, buruk padahnya seandainya apa yang berlaku bukanlah kelakar sebaliknya menyakitkan hati pasangan. Berhati- hati..