Thursday, October 22, 2009

10 PERKARA YANG SEPATUTNYA PASANGAN ANDA TIDAK LAKUKAN . SIRI 2

22 DISEMBER 2009


Kembali lagi minggu ini dengan sambungan minggu lalu. 10 lagi perkara yang sepatutnya pasangan anda tidak lakukan..

1. Dia selalu mengatakan bahawa anda membazirkan wang dengan membeli kosmetik dan barangan kecntikan serta set penjagaan wajah. Katanya, muka anda tak pernah berubah pun dari dulu sampai sekarang.. walaupun anda menggunakan duit sendiri.

2. Bukan buat-buat lupa tetapi si dia memang langsung tidak ingat hari lahir anda, apatah lagi ulangtahun perkenalan..

3. Dia menelefon anda tengah-tengah malam. Konon-kononnya romantik tapi tersalah sebut nama wanita lain sepejabat dengannya.

4. Dia mengaku menyayangi anda lebih dari segalanya, namun bila anda demam dan dengan tidak sengaja di keretanya, dia membebel tidak berhenti lebih teruk dari ekzos bocor.

5. Kereta anda rosak dan memintanya untuk menghantar anda ke satu menyuarat penting, tetapi terlalu banyak alasan dan meminta anda cari saja rakan lain untuk membantu anda.

6. Anda menerima panggilan kecemasan mengatakan bapa anda sakit mengejut. Kereta anda masih dibengkel. Anda merayu si dia meminjamkan keretanya tetapi tidak diizinkan dengan alasan keretanya baru sahaja calar terkena tembok ketika anda menggunakannya.

7. Dia menegur badan anda berbau masam dan tidak sanggup berjalan bersama.

8. Dia marah apabila anda membelek-belek telefon bimbitnya.

9. Sewaktu berlagu sedikit pertengkaran di dalam kereta, tiba-tiba si dia memberhentikan kenderaan di lebuhraya dan meminta anda turun dari kenderaan dan meninggalkan anda terpinga-pinga keseorangan tanpa memikirkan kebajikan anda.

10. Dia mengejek mengenai bulu roma anda yang lebih panjang dan lebat berbanding dirinya.

Kesimpulannya, kalau anda rasa tidak selesa dengan apa yang dilakukan pasangan anda, janganlah masih bertahan makan hati berulam jantung. Fikirkanlah untuk mencari pasangan baru.

PERKARA YANG PASANGAN ANDA SEPATUTNYA TIDAK LAKUKAN. SIRI 1

15 DISEMBER 2009

Menarik dalam Rahsia hari ini, daripada buku tulisa Lily Haslina Nasir terbitan Alaf 21 bertajuk marah-Marah Sayang.. Membongkar rahsia lelaki ketika bercinta iaitu - perkara yang sepatutnya anda tidak lakukan kepada pasangan anda, khususnya lelaki.. Untuk siri pertama harini, 10 perkara yang perlu lelaki dengar betul-betul:

1. Anda telah lama berkawan dengan sidia. Tambah membahagiakan, bila si dia mengatakan bahawa perhubungan anda direstui keluarga. Tiba-tiba si dia dengan jujur mengatakan bahawa kedua ibu-bapanya menyukai anda kerana anda memiliki kelulusan tinggi dan berkerjaya. Yang membuat anda terpempan bila si dia mengatakan bahawa .. "mak saya kata saya sangat bertuah kerana jika berkahwin dengan awak, saya tak perlu susah payah menanggung awak kerana sudah mempunyai pendapatan sendiri.. jimat belanja"

2. Dia mengajak anda menghadiri kenduri kahwin ke rumah sepupu perempuannya. Alih-alih ada pulak yang mengusik pasangan anda sebagai menantu tak jadi. Rupa-rupanya si dia tu buah hati lamanya.. Padanlah tersipu-sipu sepanjang masa..

3. Dia selalu mengatakan bahawa anda sepatutnya berasa bangga kerana memiliki dirinya sebagai kekasih. Tambah menyakitkan dengan selamba dia mengatakan bahawa dia jejaka pujaan dan secara tak sengaja jatuh hati pada anda yang tidak secantik mana berbanding peminat-peminatnya ketika dikampus.

4. Dia tak habis-habis mengatakan mempunyai ramai peminat rahsia. Tambah menyakitkan hati bila dia menyatakan bahawa dia tak sempat mengenali kesemuanya kerana anda dah potong jalan. Ada ke patut..

5. Setiap kali anda membayangkan kehidupan berkeluarga bersamanya, dia akan ketawa terbahak-bahak dan mengatakan bahawa anda kuat berangan.

6. Anda baru saja membeli kosmetik berjenama dan bergaya sakan ketika keluar bersama, sampai hati dia mengatakan anda mekap seperti opera cina dan burung jampuk.

7. Anda baru saja melaram dengan kanta lekap terbaru ketika berjalan bersamanya. Dengan selamba dia mengatakan anda umpama hantu yang menakutkan kalau terserempak pada waktu malam.

8. Si dia sangat pemalas dan pengotor kerana tidak suka mandi dan gosok gigi.. ish ish ish..

9. Si dia cukup benci jika anda berleter dan mengumpamakan anda sebagai ekzos kereta yang bocor.

10. Setiap kalau bertugas di luar kawasan si dia berjanji untuk menghubungi anda, namun tidak pernah sekali menunaikan janji dengan alasan.. jimat kredit!!

Kalau anda ingin tahu selebihnya, nantikan minggu depan..

Tuesday, October 20, 2009

8 TIPS KEKALKAN HUBUNGAN CINTA



8 DISEMBER 2009


1. TIGA PERKATAAN AJAIB

Mudah. Hanya 3 perkataan mampu membuatkan pasangan anda rasa dihargai. I Love You.. jangan terlalu berkira untuk mengungkapkannya saban hari tanpa perlu menantikan si dia terlebih dahulu mengucapkannya.

2. HAYATI HUBUNGAN ANDA
Meskipun hubungan anda telah lama, anda masih perlu menghargai dan menghayati hubungan anda seperti baru bermula.

3. TERUSKAN KEHIDUPAN BIASA
Jika anda suka bersukan , teruskan. Tidak perlu mengubah gaya hidup anda. Mana tahu pasangan anda turut ingin melakukannya bersama. Pasti tambah meriah malahan si dia akan lebbih memahami dan menghormati minat anda.

4. JANGAN TERLALU ROMANTIS
Romantis perlu dalam perhubungan namun janganlah berlebih-lebih sehingga merimaskan pasangan anda. Bimbang nanti bila sudah berumatangga, romantis ke mana, si dia ke mana.. Habis idea katakan..

5. KOMUNIKASI SECARA TERBUKA
Komunikasi yang betul adalah satu satu aspek terpenting dalam perhubungan. Kenali dan fahami isi hati pasangan anda. Janganlah cuba-cuba lakukan apa yang tidak disukai pasangan.

6. JANGAN KELAM KABUT
Jika pasangan anda orang popular dan dikenali ataupun seorang yang peramah, janganlah kelam kabut dan cepat cemburu. Hati si dia tetap milik anda. Jangan kerana sikap anda yang kelam kabut tidak tentu arah membuatkan si dia meluat dan berpaling arah.

7. PEKA DAN SENSITIF
Sensitif dan peka terhadap apa juga perubahan si dia. Mungkin si dia tidak meluahkannya dan mengharapkan keprihatinan anda. Selesaikan apa sahaja masalah bersama dan sentiasa ada disisinya bila diperlukan.

8. BIARKAN CABARAN DAN DUGAAN DATANG
Ada yang berkata, hubungan tambah manis selepas berjaya melewati pelbagai dugaan dalam percintaan mahupun alam berumahtangga. Itu akan emmbuatkan kita lebih mengenali pasangan. Jangan pula cepat melatah dan jadikannya sebagai masalah besar.

Friday, October 16, 2009

RAHSIA MENJAUHKAN PEMBOHONGAN DALAM PERHUBUNGAN

1 DISEMBER 2009

Ada berpendapat, mereka berbohong semata-mata untuk menjaga hati pasangan selain melindungi diri. Tidak mahu sebarang persengketaan yang mampu merenggangkan hubungan. Apapun ia, ppembohongan sesuatu yang tidak patut berlaku apatah lagi dalam perkahwinan. Ramai juga isteri yang terpaksa memendam perasaan lantaran kecurangan suaminya, berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku semata-mata demi anak-anak.

Namun, ada rahsia dan panduan bagaimana untuk menjauhkan pembohongan dalam perkahwinan sebagaimana buku tulisan Hasan Ali, 30 Bisikan Hati Isteri.

1. JANGAN MENYEMBUNYIKAN KELEMAHAN DIRI
Setiap manusia punyai kelemahan sendiri. Tiada siapa yang sempurna. Jika anda punyai masalah dan bimbang berkongsi dengan pasangan, takut kelemahan anda akan terserlah, jangan sesekali berbohong. Katakan yang sebenarnya. Pasti pasangan dapat memahami. Isteri tercipta daripada tulang rusuk suami.. Saling cuba untuk melengkapi.

2. JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI.
Kebanyakan suami berbohong kerana mementingkan diri sendiri. Contohnya, sanggup memujuk rayu isteri untuk menggadaikan barang kemas ataupun meminjam wang untuk sesuatu sebab yang penting, sebaliknya perkara yang mungkin menyimpang daripada kenyataan sebenarnya.

3. PUJIAN MELAMBUNG.
Memuji isteri memanglah digalakkan tetapi jika pujian melambung, tidak kena pasa tempatnya atau secara tiba-tiba... seperti ada yang tidak kena. Elakkanlah ye. Kalau benar-benar ikhlas memuji, teruskan.

4. BERPIJAK DI BUMI NYATA.
Kebanyakan pasangan terpaksa terus berbohong kerana mula berbohong sejak belum berkahwin lagi. Ada yang berbohong ketika memikat, natijahnya hingga sudah beranak tiga terpaksa menutup belang takut pecah. Jika, benar perjelaskanlah perlahan-lahan kepada pasangan. Bimbang disimpan lama, sekali tembelang pecah.. buruk padahnya.

5. JANGAN SESEKALI AMALKAN BOHONG SUNAT.
Tiada istilah bohong sunat. Bohong teap bohong. Apa salahnya bersikap jujur. Berkatalah benar sekalipun pahit.

Jangan sesekali mula berbohong. Bimbang akan menjadi ketagihan dan menjejaskn perhubungan anda pada masa akan datang.

CARA JADI PASANGAN ROMANTIK

24 NOVEMBER 2009

1. UNGKAPKAN CINTA - Ungkapan cinta dengan perkataan itu lebih indah. Apa nak segan? Jika masa bercinta sehari sekurang-kurangnya 5 kali sehari, selepas berkahwin sekali sehari takkanlah tak boleh..

2. CINTAI DAHULU DIRI SENDIRI - Bila anda mencintai diri sendiri, barulah anda boleh mencintai orang lain. Apabila anda dapat menilai sebuah cinta, barulah anda boleh menghargai cinta anda terhadap pasangan.

3. BANYAKKAN MASA BERSAMA - Ambillah kesempatan hujung minggu mahupun waktu-waktu terluang untuk bersama-sama dengan pasangan. Curi ruang untuk 'dating' berdua meskipun anda telah berumahtangga dan kembali melakukan aktiviti bersama sebagaimana ketika bercinta seperti menonton wayang, bermain boling dan sebagainya.

4. TUNJUKKAN KASIH SAYANG MELALUI SENTUHAN - Bila duduk berdekatan, apalah salahnya pegang tangan pasangan dengan lembut. Meskipun sekejap, pasti pasangan amat menghargainya dan mengetahui bahawa kasih anda tidak pernah berubah walaupun usia perkahwinan semakin bertambah. Lebih mesra lagi, jalan masih berpimpin tangan. Bukan suami jauh sebatu di depan, isteri ditinggalkan di belakang.

5. JANGAN LUPA HARI-HARI ISTIMEWA - Meskipun anda tidak dapat mengingati sepenuhnya perkara penting seperti warna pakaian isteri ketika mula-mula bersua, di mana, pukul berapa dan sebagainya, namun anda jangan sesekali mengambil mudah tarikh-tarikh penting seperti ulangtahun perkahwinan dan tarikh lahir pasangan. Apabila ada sesuatu kejayaan diraih pasangan, sama-sama raikan sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada pasangan.

6. PANDAI MEMUJUK - Pasangan pastinya akan berasa selesa bila mengetahui pasangannya amat menghargai driinya, menerima seadanya, sentiasa ada bila diperlukan dan menjadi pendengar yang baik.Oleh itu, janganlah kedekut untuk memberikan kata-kata semangat dan pujian untuk pasangan anda!!

5 CARA MENGHADAPI PERASAAN CEMBURU

17 NOVEMBER 2009

Sejauh mana cemburu tandanya sayang? Bagaimana pula kalau cemburu yang berlebihan pastinya membangkitkan ketidakselesaan kepada pasangan. Silap haribulan mampu memburukkan hubungan. Bagaimana untuk mengahadpi perasaan cemburu?

Justify Full1. CEMBURU BIARLAH BERPADA-PADA
Semua orang pastinya punyai perasaan cemburu sama ada yang sedang asyik bercinta, dalam persahabatan mahupun yang telah berumahtangga. Apa yang penting cemburu biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya, janganlah sampai menguasai fikiran dan melulu hingga cemburu buta.

2. JANGAN CEPAT CURIGA ATAU BERPRASANGKA
Perasaan curiga yang terpendam dan berprasangka negatif mampu merosakkan sesebuah perhubungan. Kenali dan terima pasangan seadanya. Namun jika pasangan tiba-tiba berubah dan memang benar-benar mencurigakan, sesuatu perlu dilakukan.

3. SENTIASA BERTENANG
Perasaan cemburu yang membuak-buak pastinya mengganggu rutin harian anda. Setiap gerak-geri pasangan sebolehnya hendak dirakamkan sehinggakan pasang mata-mata gelap tidak bergaji ataupu penyiasat persendirian. Jika anda curiga, luahkan saja pada pasangan dan dapatkan kebenarannya.

4. MEMBERIKAN PELUANG PADA PASANGAN
Jika pasangan dicemburui kerana kejayaannya dan anda pula berpandangan negatif, anda harus berfikir kebali. Kejayaan pasangan adalah kejayaan bersama. Jika cemburu yang postitif, anda juga harus melipatgandakan usaha untuk mencapai tahap yang sama.

5. MEMPERHEBATKAN KEMESRAAN
Jika cemburu sekalipun, janganlah sampai membunuh kemesraan dalam perhubungan. Jika bimbang pasangan dipikat orang, apa kata tambahkan kemesraan yang mungkin semakin pudar. Jangan lupa perbaiki diri dan menjauhkan peluang orang ketiga untuk hadir di antara anda.

Tiada cinta yang subur dengan sendirinya. Perlukan usaha untuk membuahkan cinta yang agung hingga ke hujung nyawa.

7 TIPS WUJUDKAN KEMESRAAN

10 November 2009


Sebelum berumahtangga, semuanya indah belaka. Selepas berumahtangga, suami di depan isteri jauh tertinggal di belakang. Semuanya semakin pudar dan suram. Ikuti 7 tips wujudkan kemesraan anda dan pasangan ini..

1. Sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi - mampu lebih memahami dan mengelakkan terputus komunikasi anda dan pasangan. Lebih mudah untuk mengatasi pelbagai masalah berbangkit.

2. Selitkan gurauan, jenaka dan kata-kata mesra semasa berkomunikasi dengan pasangan - pastinya lebih membuahkan lebih kemesraan.

3. Jangan kedekut memberikan pujian. Suami selalunya payah memberikan pujian walaupun sedikit.

4. Apabila kemesraan semakin pudar, cuba hidupkan kembali kenangan-kenangan manis ketika mula-mula bersama.

5. Sesekali, tunjukkan kemesraan melalui pemberian berupa hadiah, bunga, kad ucapan mahupun barang kemas. Apa salahnya kan..

6. Sentiasa mengukir senyuman apabila bersama pasangan.

7. Memujuk dengan lembut dan kata-kata manis apabila pasangan merajuk ataupun mengalami kesusahan, kesedihan mahupun ditimpa masalah.

Thursday, October 15, 2009

MAKNA LAIN DI SEBALIK KATA-KATA WANITA

3 Nov 2009

Lain di mulut lain di hati. Itulah transkripsi untuk kata-kata seorang wanita. Mungkin ada yang sedia maklum namun mungkin ada juga yang tidak ambil tahu salah satu keunikan wanita ini.

Bila wanita katakan...

1. SAYA TIDAK TERGILA-GILAKAN AWAK..
Kalaulah ada wanita yang mengatakan ini kepada anda, ia sebenarnya membawa maksud sebaliknya. Dia mungkin malu untuk menyatakannya bimbang dikatakan nanti perigi cari timba. Kerana itu jugalah ramai wanita yang 'melepas' lelaki yang dicintainya ke tangan orang lain.

2. SAYA TIDAK KISAH AWAK KELUAR DENGAN RAKAN-RAKAN
Ada juga kebenarannya namun anda harus juga berhati-hati kerana jauh di sudut hati mungkin sebaliknya. Mungkin dia akan berfikir bahawa anda tidak suka untuk bersamanya dan lebih sanggup meluangkan masa lebih bersama rakan-rakannya yang lain.

3. SAYA TIDAK BERSEDIA UN TUK MEMPUNYAI KEKASIH KETIKA INI
Ini antara ayat skema yang sering kita dengar. Makna disebaliknya mungkin mereka belum lagi bertemu pasangan yang menambat hatinya termasuklah anda atau kisah silam yang membuatkan mereka serik untuk bercinta.

KENALI PASANGAN PENDERA MENTAL

27 OKTOBER 2009

Tidak semua pasangan yang berumahtangga menikmati kebahagiaan berpanjangan. Ada yang bermula dengan kebahagiaan, tapi kemudiannya penuh dengan kesedihan, penderitaan malah penyeksaan yang belum berpenghujung.

Selalu yang menjadi perhatian adalah penyeksaan dan penderaan fizikal, namun tidak harus diabaikan penyeksaan mental yang mungkin lebih berbahaya. Ketahui beberapa contoh penderaan mental:

1. Mengatakan bahawa anda tidak berharga untuknya
2. Tidak sesekali membenarkan anda menghubungi sesiapapun termasuklah ahli keluarga atau teman kecuali dengan pengetahuan dan keizinannya.
3. Pasangan mengancam untuk meninggalkan anda sekiranya anda tidak melakukan apa saja yang diminta.
4. Sentiasa membuatkan anda berasa rendah diri di hadapan semua kenalannya.
5. Mengatakan bahawa betapa beruntungnya anda memiliki dirinya kerana tiada siapa lagi selain dia yang akan mencintai anda.

Itu hanya sebahagian contoh. Kesan penderaan mental ini sebenarnya lebih berbahaya berbanding penderaan fizikal kerana ia tersembunyi dan tidak dapat diketahui orang lain. Akibatnya, mangsa mengalami depresi, kegugupan, kegelisahan dan kurang keyakinan diri.

Jadi, janganlah jadikan diri anda mangsa penderaan mental. Bagi wanita, Dasar Wanita Negara 2009 telah diluluskan di mana ia melindungi hak-hak wanita. Dapatkan bantuan kaunseling dan jangan pendamkan sendiri masalah anda.

Monday, October 12, 2009

5 PANDUAN BUANG SIKAP PANAS BARAN

Keganasan dalam rumahtangga biasanya dicetuskan oleh sifat semulajadi lelaki yang memang garang dan panas baran. Menurut buku tulisan Hasan Mohd Ali bertajuk 30 Bisikan Hati Isteri ada menyatakan bahawa sifat garang ini dimenifestasikan dalam bentuk perlakuan yang negatif hingga memberikan kesan fizikal dan emosi kepada mangsa. Justeru ada...


5 PANDUAN UNTUK MEMBUANG SIKAP GARANG


1. BERTANGGUNGJAWAB MEMEGANG AMANAH
Sentiasa insaf bahawa isteri dan anak-anak adalah satu amanah dan jangan sesekali mensia-siakan hidup mereka dengan sikap panas baran tidak bertempat.

2. JANGAN DILAYAN PERASAAN MARAH
Jika amarah dicetuskan oleh kelemahan pihak lain, segeralah beristighfar dan belajarlah memaafkan orang lain.

3. KETAHUI CARA YANG BETUL UNTUK MELEPASKAN KEMARAHAN
Jika anda sedang marah, jangan sesekali melepaskan kemarahan kepada orang lain khususnya isteri dan anak-anak. Cari kaedah lain seperti menarik nafas dalam-dalam, mandi air suam, berwuduk dan sebagainya yang tidak memudaratkan diri dan orang lain.

4. ELAKKAN PENGGUNAAN KATA-KATA KESAT
Jika anda ingin menegur dan memperbaiki kelemahan pasangan, janganlah sesekali menggunakan kata-kata kesat dan memaki hamun untuk memuaskan hati anda dan emnghiraukan hati pasangan. Sebaliknya, berbincang, menasihati adalah cara terbaik.

5. PERBAIKI CARA HIDUP
Tekanan hidup di kota metropolitan yang penuh cabaran disamping kos sara hidup yang tinggi secara tidak langsung memberikan impak dan mencetuskan perasaan marah jika tidak dikawal dengan baik. Oleh itu, selalulah berfikiran positif, tenang dan berusaha menambahkan pendapatan keluarga untuk keselesaan bersama.

Tiada faedahnya bersikap garang dan panas baran. Bukan sahaja tidak disukai pasangan malahan masyarakat sekeliling. Jika tidak dikawal sebaiknya, ia mampu memakan diri anda sendiri.