Monday, August 24, 2009

6 LARANGAN BERCINTA



Sudahkah anda mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada pasangan anda hari ini? Mungkin sukar bagi lelaki mengungkap perkataan mudah tersebut meskipun bukan semuanya. Apapaun, tahukah anda wanita amat menghargai sebuah ucapan yang datang ikhlas daripada pasangannya, lebih daripada nilai sebuah hadiah.

Apapun, bagi yang sedang hangat bercinta, satu lagi Rahsia yang ingin dikongsikan hari ini, 6 LARANGAN BERCINTA!!

1. JANGAN BERCINTA KERANA HARTA
Tidak ada gunanya hidup dilimpahi harta jika tiada sekelumit cinta di hati. Harta datang dan pergi setiap saat, cinta yang 'sesat' juga mampu diperolehi setiap saat namun cinta sejati tidak sekali dapat dibeli dengan harta. Anda mungkin hanya mampu memiliki hartanya dan bukan hatinya.

2. JANGAN BERCINTA KERANA SIMPATI
Rasa tertarikd an simpati terhadap seseorang seringkali disalahertikan sebagai cinta. Ia bukanlah cinta dan boleh berubah atas beberapa faktor seperti paras rupa, harta dan sebagainya. Perasaan itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan diuji.

3. JANGAN BERCINTA HANYA KERANA PARAS RUPA
Kecantikan fizikal memang indah namun tidak kekal lama. Ada yang berbangga mempunyai pasangan yang kacak atau cantik jelita namun apalah maknanya jika selalu makan hati. Oleh itu, nilaikan jua kecantikan hati pada diri seseorang sebelum anda membuat keputusan untuk bercinta.

4. JANGAN BERCINTA KERANA PAKSAAN KELUARGA
Seorang anak harus berbakti kepada keluarga namun untuk menyerahkan segalanya soal cinta, anda harus berfikir masak-masak. Pun begitu, berbincanglah sebaiknya untuk mencari penyelesaian terbaik.

5. JANGAN BERCINTA KERANA DESAKAN USIA
Anda mungkin runsing kerana belum mempunyai pasangan meskipun usia semakin bertambah. Jangan putus asa untuk mencari pasangan namun janganlah tangkap muat sahaja memandangkan desakan usia. Cinta tidak mengenal usia. Jadilah diri anda dan teruskanlah berusaha dan ebrdoa agar mendapat jodoh terbaik.

6. JANGAN BERCINTA UNTUK MEMBALAS JASA
Bercinta untuk membalas jasa? Orang yang berbuat baik mestilah dibalas dengan kebaikan juga namun bukanlah cinta yang menjadi galang ganti. Sejujurnya, adakah anda ikhlas atau terpaksa? Tepuk dada tanya selera..

Bak kata madah pujangga,
" Jangan mencintai seseorang seperti bunga,
kerana bunga mati setiapkali musim berganti,

Cintailah pasangan seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya"

Monday, August 10, 2009

APAKAH

ADDD

Monday, August 3, 2009

TIPS UNTUK KEKALKAN CINTA DI HATI SUAMI



Minggu lalu kita dah berkongsi apakah tandanya jika kita terlebih berikan cinta. Minggu ini, saya akan berkongsi pula RAHSIA.. untuk kekalkan cinta di hati suami.

Bagi wanita yang bekerjaya di Kuala Lumpur ini, cabaran pastinya lebih besar. Bukan hanya kepada suami, anak-anak malahan kerjaya. Habis sahaja tugas di pejabat, kembali ke rumah dengan tugas sebagai isteri dan ibu pula.. dan begitulah seterusnya. Apapun, mungkin agak parah jika wanita sudah terlupa peranan sebagai pasangan. Jika selama ini anda terasa ruang dan perhatian kepada pasangan semakin berkurangan, tips-tips ini mungkin boleh membantu anda terus mengekalkan cinta di hati suami:

1. JANGAN PANDANG RENDAH KEPADA DIRI SENDIRI
Menjadi seorang ibu kepada 3 orang anak dan pertambahan usia mungkin menjadikan wanita semakin rendah diri dengan kecantikan khususnya. Jangan sesekali memandang rendah pada diri sendiri. Banyak cara untuk anda terus kelihatan cantik meskipun sudah beranak pinak. Silap-silap ada yang ingat anda masih anak dara. Usia tidak boleh diundur, namun jagalah penampilan agar terus segar di mata suami. Pasti suami anda semakin sayang.

2. CIPTA SIKAP ROMANTIS
Salah satu sebab sesuatu hubungan itu gagal adalah kurangnya sikap romantis. Memang benar, bukan semua manusia romantik tetapi untuk mempertahankan sesebuah hubungan, apa salahnya belajar untuk menjadi romanti sekali sekala. Tidak perlu menghadiahkan jambangan bunga, cukuplah sekadar memuji pasangan anda dan makan bersama seperti zaman bercinta.

3. HORMATI DAN JAGA PERASAANNYA
Dibelakang kejayaan seorang suami adalah isteri. Selalulah menghormati pasangan anda sebagai ketua keluarga, tidak kiralah jika suami lebih muda daripada anda sekalipun jangan merendah-rendahkan dirinya. Selain itu, jangan suka mendedahkan keburukan suami di hadapan keluarga mahupun teman-teman. Biarlah dia yang terbaik di mata orang lain.

4. LAKUKAN PERKARA YANG MENGGEMBIRAKAN
Cuba ingat, berapa kali anda menggembirakan hati pasangan dan berapa kali pula anda menyakiti hatinya? Muhasabah diri dan carilah seberapa banyak ruang untuk menggembirakan hati pasangan anda.

5. KOMUNIKASI
Salah satu kunci utama untuk mendapatkan hubungan yang lancar adalah menerusi komunikasi yang baik. Semua masalah dapat diselesaikan dengan komunikasi yang jelas. Kalau masa bercinta sanggup bersembang berjam-jam, jangan pula tiada masa untuk membincangkan sesuatu masalah walaupun kecil selepas berumahtangga..

Bertolak ansur dan saling memahami adalah kunci sebuah kebahagiaan. Jangan jadikan kekurangan pasangan sebagai penyebab untuk anda berpaling.. Tiada manusia yang sempurna, jadilah pelengkap kepada pasangan masing-masing dan moga kebahagiaan terus bersama hingga hujung nyawa.

Disediakan oleh : Julia