Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Monday, January 4, 2010

5 TANDA CINTA ANDA SEDANG DIPERTIMBANGKAN

16 FEBUARI 2010

1. Si dia mendengar luahan cinta anda tanpa ada keraguan.

2. Tidak menerima mahupun menolak terus namun hanya menyatakan biarlah waktu menentukannya.

3. Si dia semakin rapat dengan anda walaupun tidak pernah mengakui cintanya terhadap anda.

4. Dari saat anda meluahkan perasaan terhadapnya, si dia semakin cuba memahami anda.

5. Si dia masih berkawan dengan anda seperti biasa namun apabila ada insan lain cuba mengetuk pintu hatinya, si dia cuba menjauhkan diri

5 TANDA CINTAMU DITERIMA

9 FEBUARI 2010

1. Si dia membisu namun mengukir senyuman paling manis pada anda. Bak kata orang tua-tua, diam tandanya setuju.

2. Si dia meminta masa beberapa hari untuk memberikan jawapan, namun dari riak wajahnya mungkin anda tak perlu risau lagi

3. Meminta anda menyatakan 10 sebab mengapa anda menyintainya dan terus menyintainya buat selamanya

4. Mengajukan banyak pertanyaan tentang perasaan anda padanya.

5. Berlalu pergi tapi tidak lama selepas itu mengirimkan sms paling manis untuk anda.

IDEA LUAHKAN CINTA (Siri2)

26 JANUARI 2010

Minggu lalu telah dikongsikan 5 idea untuk siri 1, Pasti anda ternanti-nanti apakah 4 lagi idea untuk luahkan cinta dan menghalang rasa gugup.

6. Jikalau anda sudah meluahkan segala yang terbuku dihati.. jangan pula mendesaknya untuk memberikan jawapan pada waktu itu juga kerana mungkin dia perlukan masa untuk berfikir. Banyakkanlah berdoa agar cinta anda diterima.

7. Untuk meluahkan perasaan cinta, tidak semestinya perlu ke tempat mewah dengan suasana romantis. Asalkan anda kreatif dan meluahkannya dengan penuh perasaan, di mana-mana pun boleh.

8. Sungguhpun anda seorang yang romantik, janganlah terlalu berkias dengan ayat-ayat yang terlalu berbunga-bunga. Berterus terang dengan ayat yang jelas bagi mengelakkan salah faham. Takut nanti, maksud tak kesampaian.

9. Dan yang terakhir, sekiranya anda memang malu untuk meluahkan sendiri secara berdepan, gunakanlah orang tengah untuk berkias dahulu kemudian barulah anda menyusul meluahkan segala yang terpendam di hati..

Tepuk dada tanya selera. Kalau memang anda sudah lama menyukainya, janganlah tunggu lama-lama takut dikebas orang, anda juga yang menganga.

IDEA LUAHKAN CINTA (Siri 1)

19 JANUARI 2010

Hati sudah lama berbunga-bunga tapi hati masih malu untuk meluahkannya. Malu atau takut cinta bertepuk sebelah tangan? Kedua-duanya pasti merunsingkan. Nah.. Selama dua minggu, kami akan kongsikan idea bagaimana untuk meluahkan rasa cinta pada sidia. Bagi siri pertama minggu ini, 5 tips dan idea kami kongsikan bersama anda.

1. Kalau anda memang sukakan sidia, bersikap santai dan jangan sesekali biarkan anda dilanda tekanan kerana terlalu menyukainya.

2. Janganlah terlalu asyik mendesak untuk mengajaknya keluar dengan anda. Perlahan-lahan dan jangan terburu-buru, bimbang si dia terkejut dan terus menjauhkan diri daripada anda. Nanti siapa yang rugi..

3. Jika anda memang benar-benar yakin dan merasa sudah tiba masanya untuk mengajak si dia keluar, sampaikan hasrat anda secara tenang.

4. Jangan takut jika si dia menolak pelawaan anda. Sekali permintaan anda ditolak tidak bermakna anda tidak boleh terus mencuba. Mungkin masanya tidak tepat atau anda memang tiada jodoh bersamanya.

5. Kelakar perlu ada namun perlu juga kena pada tempatnya dan jangan sesekali buat lawak terlampau mahupun lawak bodoh hanya kerana ingin menghilangkan rasa gugup di hati ketika cuba meluahkan perasaan anda. Silap-silap dia akan berfikir bahawa anda tidak serius dalam mengucapkan cinta kepadanya.

Kalau anda ingin mengetahui 4 lagi idea yang mungkin anda boleh praktikkan untuk menghilangkan gugup ketika meluahkan perasaan, jangan lupa nantikan waktu yang sama minggu hadapan.