Monday, January 4, 2010

IDEA LUAHKAN CINTA (Siri 1)

19 JANUARI 2010

Hati sudah lama berbunga-bunga tapi hati masih malu untuk meluahkannya. Malu atau takut cinta bertepuk sebelah tangan? Kedua-duanya pasti merunsingkan. Nah.. Selama dua minggu, kami akan kongsikan idea bagaimana untuk meluahkan rasa cinta pada sidia. Bagi siri pertama minggu ini, 5 tips dan idea kami kongsikan bersama anda.

1. Kalau anda memang sukakan sidia, bersikap santai dan jangan sesekali biarkan anda dilanda tekanan kerana terlalu menyukainya.

2. Janganlah terlalu asyik mendesak untuk mengajaknya keluar dengan anda. Perlahan-lahan dan jangan terburu-buru, bimbang si dia terkejut dan terus menjauhkan diri daripada anda. Nanti siapa yang rugi..

3. Jika anda memang benar-benar yakin dan merasa sudah tiba masanya untuk mengajak si dia keluar, sampaikan hasrat anda secara tenang.

4. Jangan takut jika si dia menolak pelawaan anda. Sekali permintaan anda ditolak tidak bermakna anda tidak boleh terus mencuba. Mungkin masanya tidak tepat atau anda memang tiada jodoh bersamanya.

5. Kelakar perlu ada namun perlu juga kena pada tempatnya dan jangan sesekali buat lawak terlampau mahupun lawak bodoh hanya kerana ingin menghilangkan rasa gugup di hati ketika cuba meluahkan perasaan anda. Silap-silap dia akan berfikir bahawa anda tidak serius dalam mengucapkan cinta kepadanya.

Kalau anda ingin mengetahui 4 lagi idea yang mungkin anda boleh praktikkan untuk menghilangkan gugup ketika meluahkan perasaan, jangan lupa nantikan waktu yang sama minggu hadapan.

0 comments:

Post a Comment