Sunday, January 3, 2010

5 RAHSIA WUJUDKAN RUMAHTANGGA HARMONI

SIARAN 5 JANUARI 2010

Pengendalian emosi dengan baik amat penting dalam mewujudkan dan mempertahankan keharmonian rumahtangga. 5 rahsia bagi mewujudkan rumahtangga yang harmoni ingin dikongsikan bersama anda.

1. JALIN KOMUNIKASI
Komunikasi merupakan antara elemen terpenting dalam sebuah perhubungan. Selalulah berterus terang dan elakkan dari memendam perasaan sesama sendiri. Sekiranya ada sikap atau kata-kata pasangan yang membuatkan anda tersinggung, luahkanlah dengan cara yang lembut. Elakkan kata-kata kasar atau memerli pasangan. Jika itu yang anda lakukan, tidak akan selesai masalah anda.

2. BERIKAN RUANG
Berikan ruang kepada pasangan anda yang sedang marah untuk meredakan amarahnya. Jadilah pendengar yang setia kepada pasangan anda, namun jangan sesekali menjadi hakim tidak bertauliah. Mungkin kemarahannya yang membuak ada kaitan dengan masalah lain contohnya masalah kerja mahupun kewangan. Tanyakan juga apa kesalahan anda dan carilah penyelesaian terbaik untuk perkara ini.

3. HARGAI PERBEZAAN
Ada berkata, perbezaan antara suami isteri akan menyempurnakan sesebuah perhubungan. Sejauh mana kebenarannya? Untuk menyatukan perbezaan bukan mudah sebenarnya. Inilah yang sering menimbulkan masalah, percanggahan pedapat seterusnya makan hati. Sebaiknya, hargailah perbezaan dan teruslah belajar memahami pasangan.

4. BELAJAR BERKOMPROMI
Cubalah untuk menyelesaikan apa sahaja masalah dengan segera. Jangan suka menangguhkan hingga luka menjadi kudis buta. Jangan mengelakkan diri sekiranya pasangan ajak berbincang. berbincang dengan nada yang lembut dan cari masa yang sesuai untuk anda berdua. Setiap pasangan seharusnya belajar berkompromi.

5. JANGAN SESEKALI LIBATKAN ANAK DAN ORANG TUA
Sekiranya berlaku perbalahan antara suami isteri, jangan sesekali melibatkan anak-anak yang tidak bersalah mahupun orang tua.Jangan sesekali bergaduh di depan anak2 kerana ia bakal mempengaruhi emosi anak. Jangan juga libatkan ibu bapa yang hanya akan mengeruhkan keadaan, apatah lagi jika mereka memberikan nasihat yang salah. Hadapilah dengan cara anda sendiri.

3.

0 comments:

Post a Comment