Monday, January 4, 2010

5 TANDA CINTA ANDA SEDANG DIPERTIMBANGKAN

16 FEBUARI 2010

1. Si dia mendengar luahan cinta anda tanpa ada keraguan.

2. Tidak menerima mahupun menolak terus namun hanya menyatakan biarlah waktu menentukannya.

3. Si dia semakin rapat dengan anda walaupun tidak pernah mengakui cintanya terhadap anda.

4. Dari saat anda meluahkan perasaan terhadapnya, si dia semakin cuba memahami anda.

5. Si dia masih berkawan dengan anda seperti biasa namun apabila ada insan lain cuba mengetuk pintu hatinya, si dia cuba menjauhkan diri

5 TANDA CINTAMU DITERIMA

9 FEBUARI 2010

1. Si dia membisu namun mengukir senyuman paling manis pada anda. Bak kata orang tua-tua, diam tandanya setuju.

2. Si dia meminta masa beberapa hari untuk memberikan jawapan, namun dari riak wajahnya mungkin anda tak perlu risau lagi

3. Meminta anda menyatakan 10 sebab mengapa anda menyintainya dan terus menyintainya buat selamanya

4. Mengajukan banyak pertanyaan tentang perasaan anda padanya.

5. Berlalu pergi tapi tidak lama selepas itu mengirimkan sms paling manis untuk anda.

5 TANDA CINTAMU DITOLAK

2 FEBUARI 2010

1. Si dia pergi meninggalkan anda tanpa berpaling mahupun sebarang kata-kata walaupun berkali-kali anda memanggil namaya.

2. Belumpun habis anda meluahkan cinta atau menerangkan perasaan padanya, si dia seboleh-bolehnya cuba mengubah topik seolah-olah tidak berminat untuk mendengar apa yang cuba anda sampaikan.

3. Si dia menyatakan bahawa si dia sudah berpunya walaupun hakikatnya si dia masih single.

4. Si dia sering mengelak dari berjumpa dan berhubungan dengan anda.

5. Memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah contohnya perlu menjaga orang tua dan tidak boleh ada sebarang komitmen.

IDEA LUAHKAN CINTA (Siri2)

26 JANUARI 2010

Minggu lalu telah dikongsikan 5 idea untuk siri 1, Pasti anda ternanti-nanti apakah 4 lagi idea untuk luahkan cinta dan menghalang rasa gugup.

6. Jikalau anda sudah meluahkan segala yang terbuku dihati.. jangan pula mendesaknya untuk memberikan jawapan pada waktu itu juga kerana mungkin dia perlukan masa untuk berfikir. Banyakkanlah berdoa agar cinta anda diterima.

7. Untuk meluahkan perasaan cinta, tidak semestinya perlu ke tempat mewah dengan suasana romantis. Asalkan anda kreatif dan meluahkannya dengan penuh perasaan, di mana-mana pun boleh.

8. Sungguhpun anda seorang yang romantik, janganlah terlalu berkias dengan ayat-ayat yang terlalu berbunga-bunga. Berterus terang dengan ayat yang jelas bagi mengelakkan salah faham. Takut nanti, maksud tak kesampaian.

9. Dan yang terakhir, sekiranya anda memang malu untuk meluahkan sendiri secara berdepan, gunakanlah orang tengah untuk berkias dahulu kemudian barulah anda menyusul meluahkan segala yang terpendam di hati..

Tepuk dada tanya selera. Kalau memang anda sudah lama menyukainya, janganlah tunggu lama-lama takut dikebas orang, anda juga yang menganga.

IDEA LUAHKAN CINTA (Siri 1)

19 JANUARI 2010

Hati sudah lama berbunga-bunga tapi hati masih malu untuk meluahkannya. Malu atau takut cinta bertepuk sebelah tangan? Kedua-duanya pasti merunsingkan. Nah.. Selama dua minggu, kami akan kongsikan idea bagaimana untuk meluahkan rasa cinta pada sidia. Bagi siri pertama minggu ini, 5 tips dan idea kami kongsikan bersama anda.

1. Kalau anda memang sukakan sidia, bersikap santai dan jangan sesekali biarkan anda dilanda tekanan kerana terlalu menyukainya.

2. Janganlah terlalu asyik mendesak untuk mengajaknya keluar dengan anda. Perlahan-lahan dan jangan terburu-buru, bimbang si dia terkejut dan terus menjauhkan diri daripada anda. Nanti siapa yang rugi..

3. Jika anda memang benar-benar yakin dan merasa sudah tiba masanya untuk mengajak si dia keluar, sampaikan hasrat anda secara tenang.

4. Jangan takut jika si dia menolak pelawaan anda. Sekali permintaan anda ditolak tidak bermakna anda tidak boleh terus mencuba. Mungkin masanya tidak tepat atau anda memang tiada jodoh bersamanya.

5. Kelakar perlu ada namun perlu juga kena pada tempatnya dan jangan sesekali buat lawak terlampau mahupun lawak bodoh hanya kerana ingin menghilangkan rasa gugup di hati ketika cuba meluahkan perasaan anda. Silap-silap dia akan berfikir bahawa anda tidak serius dalam mengucapkan cinta kepadanya.

Kalau anda ingin mengetahui 4 lagi idea yang mungkin anda boleh praktikkan untuk menghilangkan gugup ketika meluahkan perasaan, jangan lupa nantikan waktu yang sama minggu hadapan.

6 ALASAN LELAKI BOHONGI PASANGAN

12 JANUARI 2010


1. MAHU MENJAGA HATI

Inilah antara sebab paling utama mengapa ada yang sanggup menipu pasangan. Samada jujur mahupun alasan klise, hanya anda yang tahu. Anda tidak ingin hatinya terluka. Adakalanya, kejujuran sangat menyakitkan hati dan ada yang bertindak untuk merahsiakan demi kebaikan perhubungan. Hati-hati jangan sampai rahsia terbuka satu hari nanti..

2. ELAK KESILAPAN KALI KEDUA
Menipu sebenarnya mampu menghancurkan sesebuah perhubungan, malah ia mungkin menjadi bahan sindiran mahupun pergaduan setiap kali anda melakukan kesilapan. Kesilapan kali pertama mungkin masih boleh dimaafka, tetapi melakukannya kali kedua anda harus berwaspada.

3. MEMANG SATU KESILAPAN
Riada manusia yang sempurna, dan tentunya semua orang melakukan kesilapan. Apa salahnya mengaku setiap kesilapan yang anda lakukan. Sekurang-kurangnya anda tidak menipu. Terpulanglah samada pasangan anda boleh menerimanya atau tidak.

4. TAKUT RISIKO
Bila anda berterus terang, mungkin kesannya sesuatu yang tidak dapat anda terima. Setiap permohonan maaf pasti ada risikonya. Oleh itu, ada yang mengambil penderian terus menipu pasangan. Namun ketahuilah, jika anda berkongsi segalanya dengan pasangan, anda akan lebih lega.

5. BUANG RASA BERSALAH
Berterus-terang sebenarnya dapat menghilangkan rasa bersalah. Bercakaplah benar sekalipun pahit. Namun ada yang membuang rasa bersalah itu dengan terus menipu pasangan.

6. TERBONGKAR JUA
Selama manapun anda menyembunyikan rahsia, pasti akan terbongkar jua.Sebaiknya carilah masa sesuai untuk anda memberitahu pasangan apa yang anda telah lakukan.

Apapun, jangan sesekali wujudkan satu penipuan kerana ia akan terus berulang dan menjadi duri dalam perhubungan.

Sunday, January 3, 2010

5 RAHSIA WUJUDKAN RUMAHTANGGA HARMONI

SIARAN 5 JANUARI 2010

Pengendalian emosi dengan baik amat penting dalam mewujudkan dan mempertahankan keharmonian rumahtangga. 5 rahsia bagi mewujudkan rumahtangga yang harmoni ingin dikongsikan bersama anda.

1. JALIN KOMUNIKASI
Komunikasi merupakan antara elemen terpenting dalam sebuah perhubungan. Selalulah berterus terang dan elakkan dari memendam perasaan sesama sendiri. Sekiranya ada sikap atau kata-kata pasangan yang membuatkan anda tersinggung, luahkanlah dengan cara yang lembut. Elakkan kata-kata kasar atau memerli pasangan. Jika itu yang anda lakukan, tidak akan selesai masalah anda.

2. BERIKAN RUANG
Berikan ruang kepada pasangan anda yang sedang marah untuk meredakan amarahnya. Jadilah pendengar yang setia kepada pasangan anda, namun jangan sesekali menjadi hakim tidak bertauliah. Mungkin kemarahannya yang membuak ada kaitan dengan masalah lain contohnya masalah kerja mahupun kewangan. Tanyakan juga apa kesalahan anda dan carilah penyelesaian terbaik untuk perkara ini.

3. HARGAI PERBEZAAN
Ada berkata, perbezaan antara suami isteri akan menyempurnakan sesebuah perhubungan. Sejauh mana kebenarannya? Untuk menyatukan perbezaan bukan mudah sebenarnya. Inilah yang sering menimbulkan masalah, percanggahan pedapat seterusnya makan hati. Sebaiknya, hargailah perbezaan dan teruslah belajar memahami pasangan.

4. BELAJAR BERKOMPROMI
Cubalah untuk menyelesaikan apa sahaja masalah dengan segera. Jangan suka menangguhkan hingga luka menjadi kudis buta. Jangan mengelakkan diri sekiranya pasangan ajak berbincang. berbincang dengan nada yang lembut dan cari masa yang sesuai untuk anda berdua. Setiap pasangan seharusnya belajar berkompromi.

5. JANGAN SESEKALI LIBATKAN ANAK DAN ORANG TUA
Sekiranya berlaku perbalahan antara suami isteri, jangan sesekali melibatkan anak-anak yang tidak bersalah mahupun orang tua.Jangan sesekali bergaduh di depan anak2 kerana ia bakal mempengaruhi emosi anak. Jangan juga libatkan ibu bapa yang hanya akan mengeruhkan keadaan, apatah lagi jika mereka memberikan nasihat yang salah. Hadapilah dengan cara anda sendiri.

3.