Monday, August 24, 2009

6 LARANGAN BERCINTA



Sudahkah anda mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada pasangan anda hari ini? Mungkin sukar bagi lelaki mengungkap perkataan mudah tersebut meskipun bukan semuanya. Apapaun, tahukah anda wanita amat menghargai sebuah ucapan yang datang ikhlas daripada pasangannya, lebih daripada nilai sebuah hadiah.

Apapun, bagi yang sedang hangat bercinta, satu lagi Rahsia yang ingin dikongsikan hari ini, 6 LARANGAN BERCINTA!!

1. JANGAN BERCINTA KERANA HARTA
Tidak ada gunanya hidup dilimpahi harta jika tiada sekelumit cinta di hati. Harta datang dan pergi setiap saat, cinta yang 'sesat' juga mampu diperolehi setiap saat namun cinta sejati tidak sekali dapat dibeli dengan harta. Anda mungkin hanya mampu memiliki hartanya dan bukan hatinya.

2. JANGAN BERCINTA KERANA SIMPATI
Rasa tertarikd an simpati terhadap seseorang seringkali disalahertikan sebagai cinta. Ia bukanlah cinta dan boleh berubah atas beberapa faktor seperti paras rupa, harta dan sebagainya. Perasaan itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan diuji.

3. JANGAN BERCINTA HANYA KERANA PARAS RUPA
Kecantikan fizikal memang indah namun tidak kekal lama. Ada yang berbangga mempunyai pasangan yang kacak atau cantik jelita namun apalah maknanya jika selalu makan hati. Oleh itu, nilaikan jua kecantikan hati pada diri seseorang sebelum anda membuat keputusan untuk bercinta.

4. JANGAN BERCINTA KERANA PAKSAAN KELUARGA
Seorang anak harus berbakti kepada keluarga namun untuk menyerahkan segalanya soal cinta, anda harus berfikir masak-masak. Pun begitu, berbincanglah sebaiknya untuk mencari penyelesaian terbaik.

5. JANGAN BERCINTA KERANA DESAKAN USIA
Anda mungkin runsing kerana belum mempunyai pasangan meskipun usia semakin bertambah. Jangan putus asa untuk mencari pasangan namun janganlah tangkap muat sahaja memandangkan desakan usia. Cinta tidak mengenal usia. Jadilah diri anda dan teruskanlah berusaha dan ebrdoa agar mendapat jodoh terbaik.

6. JANGAN BERCINTA UNTUK MEMBALAS JASA
Bercinta untuk membalas jasa? Orang yang berbuat baik mestilah dibalas dengan kebaikan juga namun bukanlah cinta yang menjadi galang ganti. Sejujurnya, adakah anda ikhlas atau terpaksa? Tepuk dada tanya selera..

Bak kata madah pujangga,
" Jangan mencintai seseorang seperti bunga,
kerana bunga mati setiapkali musim berganti,

Cintailah pasangan seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya"

0 comments:

Post a Comment