Monday, October 12, 2009

5 PANDUAN BUANG SIKAP PANAS BARAN

Keganasan dalam rumahtangga biasanya dicetuskan oleh sifat semulajadi lelaki yang memang garang dan panas baran. Menurut buku tulisan Hasan Mohd Ali bertajuk 30 Bisikan Hati Isteri ada menyatakan bahawa sifat garang ini dimenifestasikan dalam bentuk perlakuan yang negatif hingga memberikan kesan fizikal dan emosi kepada mangsa. Justeru ada...


5 PANDUAN UNTUK MEMBUANG SIKAP GARANG


1. BERTANGGUNGJAWAB MEMEGANG AMANAH
Sentiasa insaf bahawa isteri dan anak-anak adalah satu amanah dan jangan sesekali mensia-siakan hidup mereka dengan sikap panas baran tidak bertempat.

2. JANGAN DILAYAN PERASAAN MARAH
Jika amarah dicetuskan oleh kelemahan pihak lain, segeralah beristighfar dan belajarlah memaafkan orang lain.

3. KETAHUI CARA YANG BETUL UNTUK MELEPASKAN KEMARAHAN
Jika anda sedang marah, jangan sesekali melepaskan kemarahan kepada orang lain khususnya isteri dan anak-anak. Cari kaedah lain seperti menarik nafas dalam-dalam, mandi air suam, berwuduk dan sebagainya yang tidak memudaratkan diri dan orang lain.

4. ELAKKAN PENGGUNAAN KATA-KATA KESAT
Jika anda ingin menegur dan memperbaiki kelemahan pasangan, janganlah sesekali menggunakan kata-kata kesat dan memaki hamun untuk memuaskan hati anda dan emnghiraukan hati pasangan. Sebaliknya, berbincang, menasihati adalah cara terbaik.

5. PERBAIKI CARA HIDUP
Tekanan hidup di kota metropolitan yang penuh cabaran disamping kos sara hidup yang tinggi secara tidak langsung memberikan impak dan mencetuskan perasaan marah jika tidak dikawal dengan baik. Oleh itu, selalulah berfikiran positif, tenang dan berusaha menambahkan pendapatan keluarga untuk keselesaan bersama.

Tiada faedahnya bersikap garang dan panas baran. Bukan sahaja tidak disukai pasangan malahan masyarakat sekeliling. Jika tidak dikawal sebaiknya, ia mampu memakan diri anda sendiri.

0 comments:

Post a Comment