Friday, October 16, 2009

RAHSIA MENJAUHKAN PEMBOHONGAN DALAM PERHUBUNGAN

1 DISEMBER 2009

Ada berpendapat, mereka berbohong semata-mata untuk menjaga hati pasangan selain melindungi diri. Tidak mahu sebarang persengketaan yang mampu merenggangkan hubungan. Apapun ia, ppembohongan sesuatu yang tidak patut berlaku apatah lagi dalam perkahwinan. Ramai juga isteri yang terpaksa memendam perasaan lantaran kecurangan suaminya, berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku semata-mata demi anak-anak.

Namun, ada rahsia dan panduan bagaimana untuk menjauhkan pembohongan dalam perkahwinan sebagaimana buku tulisan Hasan Ali, 30 Bisikan Hati Isteri.

1. JANGAN MENYEMBUNYIKAN KELEMAHAN DIRI
Setiap manusia punyai kelemahan sendiri. Tiada siapa yang sempurna. Jika anda punyai masalah dan bimbang berkongsi dengan pasangan, takut kelemahan anda akan terserlah, jangan sesekali berbohong. Katakan yang sebenarnya. Pasti pasangan dapat memahami. Isteri tercipta daripada tulang rusuk suami.. Saling cuba untuk melengkapi.

2. JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI.
Kebanyakan suami berbohong kerana mementingkan diri sendiri. Contohnya, sanggup memujuk rayu isteri untuk menggadaikan barang kemas ataupun meminjam wang untuk sesuatu sebab yang penting, sebaliknya perkara yang mungkin menyimpang daripada kenyataan sebenarnya.

3. PUJIAN MELAMBUNG.
Memuji isteri memanglah digalakkan tetapi jika pujian melambung, tidak kena pasa tempatnya atau secara tiba-tiba... seperti ada yang tidak kena. Elakkanlah ye. Kalau benar-benar ikhlas memuji, teruskan.

4. BERPIJAK DI BUMI NYATA.
Kebanyakan pasangan terpaksa terus berbohong kerana mula berbohong sejak belum berkahwin lagi. Ada yang berbohong ketika memikat, natijahnya hingga sudah beranak tiga terpaksa menutup belang takut pecah. Jika, benar perjelaskanlah perlahan-lahan kepada pasangan. Bimbang disimpan lama, sekali tembelang pecah.. buruk padahnya.

5. JANGAN SESEKALI AMALKAN BOHONG SUNAT.
Tiada istilah bohong sunat. Bohong teap bohong. Apa salahnya bersikap jujur. Berkatalah benar sekalipun pahit.

Jangan sesekali mula berbohong. Bimbang akan menjadi ketagihan dan menjejaskn perhubungan anda pada masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment