Friday, October 16, 2009

5 CARA MENGHADAPI PERASAAN CEMBURU

17 NOVEMBER 2009

Sejauh mana cemburu tandanya sayang? Bagaimana pula kalau cemburu yang berlebihan pastinya membangkitkan ketidakselesaan kepada pasangan. Silap haribulan mampu memburukkan hubungan. Bagaimana untuk mengahadpi perasaan cemburu?

Justify Full1. CEMBURU BIARLAH BERPADA-PADA
Semua orang pastinya punyai perasaan cemburu sama ada yang sedang asyik bercinta, dalam persahabatan mahupun yang telah berumahtangga. Apa yang penting cemburu biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya, janganlah sampai menguasai fikiran dan melulu hingga cemburu buta.

2. JANGAN CEPAT CURIGA ATAU BERPRASANGKA
Perasaan curiga yang terpendam dan berprasangka negatif mampu merosakkan sesebuah perhubungan. Kenali dan terima pasangan seadanya. Namun jika pasangan tiba-tiba berubah dan memang benar-benar mencurigakan, sesuatu perlu dilakukan.

3. SENTIASA BERTENANG
Perasaan cemburu yang membuak-buak pastinya mengganggu rutin harian anda. Setiap gerak-geri pasangan sebolehnya hendak dirakamkan sehinggakan pasang mata-mata gelap tidak bergaji ataupu penyiasat persendirian. Jika anda curiga, luahkan saja pada pasangan dan dapatkan kebenarannya.

4. MEMBERIKAN PELUANG PADA PASANGAN
Jika pasangan dicemburui kerana kejayaannya dan anda pula berpandangan negatif, anda harus berfikir kebali. Kejayaan pasangan adalah kejayaan bersama. Jika cemburu yang postitif, anda juga harus melipatgandakan usaha untuk mencapai tahap yang sama.

5. MEMPERHEBATKAN KEMESRAAN
Jika cemburu sekalipun, janganlah sampai membunuh kemesraan dalam perhubungan. Jika bimbang pasangan dipikat orang, apa kata tambahkan kemesraan yang mungkin semakin pudar. Jangan lupa perbaiki diri dan menjauhkan peluang orang ketiga untuk hadir di antara anda.

Tiada cinta yang subur dengan sendirinya. Perlukan usaha untuk membuahkan cinta yang agung hingga ke hujung nyawa.

1 comments:

iwan_dextrous said...

nice entri..^_^

Post a Comment