Friday, October 16, 2009

CARA JADI PASANGAN ROMANTIK

24 NOVEMBER 2009

1. UNGKAPKAN CINTA - Ungkapan cinta dengan perkataan itu lebih indah. Apa nak segan? Jika masa bercinta sehari sekurang-kurangnya 5 kali sehari, selepas berkahwin sekali sehari takkanlah tak boleh..

2. CINTAI DAHULU DIRI SENDIRI - Bila anda mencintai diri sendiri, barulah anda boleh mencintai orang lain. Apabila anda dapat menilai sebuah cinta, barulah anda boleh menghargai cinta anda terhadap pasangan.

3. BANYAKKAN MASA BERSAMA - Ambillah kesempatan hujung minggu mahupun waktu-waktu terluang untuk bersama-sama dengan pasangan. Curi ruang untuk 'dating' berdua meskipun anda telah berumahtangga dan kembali melakukan aktiviti bersama sebagaimana ketika bercinta seperti menonton wayang, bermain boling dan sebagainya.

4. TUNJUKKAN KASIH SAYANG MELALUI SENTUHAN - Bila duduk berdekatan, apalah salahnya pegang tangan pasangan dengan lembut. Meskipun sekejap, pasti pasangan amat menghargainya dan mengetahui bahawa kasih anda tidak pernah berubah walaupun usia perkahwinan semakin bertambah. Lebih mesra lagi, jalan masih berpimpin tangan. Bukan suami jauh sebatu di depan, isteri ditinggalkan di belakang.

5. JANGAN LUPA HARI-HARI ISTIMEWA - Meskipun anda tidak dapat mengingati sepenuhnya perkara penting seperti warna pakaian isteri ketika mula-mula bersua, di mana, pukul berapa dan sebagainya, namun anda jangan sesekali mengambil mudah tarikh-tarikh penting seperti ulangtahun perkahwinan dan tarikh lahir pasangan. Apabila ada sesuatu kejayaan diraih pasangan, sama-sama raikan sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada pasangan.

6. PANDAI MEMUJUK - Pasangan pastinya akan berasa selesa bila mengetahui pasangannya amat menghargai driinya, menerima seadanya, sentiasa ada bila diperlukan dan menjadi pendengar yang baik.Oleh itu, janganlah kedekut untuk memberikan kata-kata semangat dan pujian untuk pasangan anda!!

0 comments:

Post a Comment