Friday, July 10, 2009

5 MODAL CINTA




Dalam dunia ini, tiada yang percuma. Melafazkan cinta mungkin hanya dengan kata-kata tetapi untuk membinanya perlu lebih daripada itu. Meskipun cinta tulus sehidup semati, untuk memeliharanya tetap memerlukan modal, terutamanya perkara seperti berikut:


TELEFON

Bersedia untuk membyar bil berganda atau mengeluarkan modal lebih daripada zaman anda solo dulu, sekiranya anda baru bercinta. Biasalah, di awal bibit percintaan berputik paling kurang sejam sekali pasti anda akan menelefon si dia atau sebaliknya. Teknologi moden mungkin membantu tetapi tanpa mendengar suaranya, pasti anda jadi tak keruan, kan? Jadi bersedialah untuk mengeluarkan modal lebih hanya untuk tujuan ini..


KOS MAKAN MINUM

Jika dulu makan seorang, kini berdua dan pastinya kos pun berganda apatah lagi kalau anda sering keluar bersma. Bagi lelaki takkanlah nak biarkan pasangan anda sahaja mengeluarkan wang untuk belanja makan. Nak jimat? Bolehlah juga bayar secara berasingan tetapi nampak sangat anda ni berkira atau dalam erti kata lain kedekut.


MASA

Masa juga modal yang anda perlu fikirkan bila memulakan sesuatu hubungan. Mungkin masa yang sepatutnya anda luangkan untuk perkara lain yang boleh mendatangkan sumber kewangan, telah anda habiskan bersama pasangan. Masa untuk si dia pasti anda saban minggu, dan jangan lupa bersedia jika anda terpaksa meluangkan lebih banyak masa semata-mata untuk memujuk si dia yang merajuk..


TAMBANG ATAU DUIT MINYAK

Bagi anda yang menggunakan pengangkutan awam, sediakan modal untuk berdua. Manakala bagi anda yang memandu, jangan lupa sediakan modal secukupnya untuk minyak kereta anda..


HADIAH

Hadiah bukanlah dikira pelaburan, namun apalah salahnya mengeluarkan sedikit wang untuk membelikan hadiah istimewa buat pasangan ketika hari istimewa. Mungkin sebelum ini belum pernah ada dalam senarai bajet anda, tetapi berbeza sekarang.

Jadi, bagi anda yang bercadang untuk bercinta, fikirkannya terlebih dahulu perkara ini dan jangan mengeluh pula nanti selepas anda bercinta dan terpaksa mengeluarkan modal yang tidak disangka. Wang bukanlah menjadi ukuran sebenar cinta, namun wang penting untuk membina dan memelihara sebuat cinta dan perhubungan..

0 comments:

Post a Comment